Sunday, October 14, 2012

MATI ITU PASTI.


“Kematian tidak mengenal usia.” Muda remaja mana pun kita, jika Allah menginginkan kita kembali kepadaNya pada saat itu, maka kembalilah kita. Jika tua mana pun kita, jika belum masanya, maka belumlah. So, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kematian tidak pernah mengenal usia.

Hal ini sedikit sebanyak mengajar aku bahawa hidup ini hanya pinjaman dari Allah. Kita sebagai hambaNya pasti jua kembali kepadaNya apabila tiba waktunya. Hanya cepat atau lambat sahaja.

Ketika entry ini dicoret, aku banyak termenung sebelumnya. Kenapa? Kerana aku seperti baru bangun dari mimpi yang panjang. Aku seakan lupa bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Ya, tidak salah untuk aku berseronok dan gembira menghayati hidup sebelum maut datang menjemput aku. Tapi aku harus ingat bahawa dalam sibuk berseronok, aku harus sentiasa mengingati mati. 
Kerana MATI itu PASTI.

# Lagilah sebak hati aku ketika ini kerana lagu-lagu OPICK ‘bermain’ di windows media player. Seakan kena dan memahami mood aku ketika ini. Seakan semakin memberi aku peringatan tentang mati.Terasa rindu dengan ayah, ma dan keluarga saat ini. Begitu juga dengan kawan-kawan. Aku sedar aku banyak berdosa. Aku bukanlah anak, kakak, adik, kawan yang baik, tapi sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik buat mereka. InsyaAllah.

Ya Allah, panjangkanlah usia kedua ibu bapaku. Sihatkanlah tubuh badan mereka. Murahkanlah rezeki mereka. Ampunkanlah dosa-dosa mereka. Berkatilah setiap apa yang mereka lakukan. Permudahkanlah hidup mereka.

DenganMu aku hidup
DenganMu aku mati
Hanyalah padaMu
hanyalah untukMu
Hidupkan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah Yang Maha Mendengar
Engkau Allah Yang Maha Penyayang
Engkau Yang Mengampuni
Engkau Yang Memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-denganmu-aku-hidup-opick.html#ixzz29Fze7ya3



Andai aku pergi dulu, sedekahkanlah doa dan kalimah suci Allah kepada aku.
Maafkanlah kesilapan, kesalahan, kekhilafan, dosa-dosa aku kepadamu wahai manusia sekalian.
Jangan tangisi jika aku tiada lagi.
Nanti kita pasti bertemu kembali. Dimana? Di syurga. InsyaAllah J
MATI ITU PASTI.

With love,
miss.kieymah.husin.
14 Okt 2012.

No comments:

Post a Comment