Wednesday, May 1, 2013

Rindu ini Allah yang kasi


Assalamualaikum.

Ehem3! Dah lama rupanya tak update blog. Tp takpe la followers bukannya ramai. Ihiks.
Harini dapat ilham sikit nak update blog since assignment dah takde sangat nak dibuat. Tinggal satu term paper je lagi pastu bebas3! Hihi over pulak kau.

OK entry kali nie nak cerita pasal perasaan sikit. Ha ape perasaan??! Hmm perasaan cinta terhadap gender berlainan lattew si Kimah ni.
Eh tak2. Tp nie mmg perasaan cinta pun tp cinta tu kan luas kawan!
Cinta pada Allah, Rasulullah, mak ayah etc.
Tp nie nak habaq mai cinta kat siblings.

Ya Allah, sebut pasai siblings, perasaan rindu kat late sisters lately kemain tak tertanggung. Sebesar bukit uhud gamaknya. Rindunya kat arwah.
Arwah Kak Tiey dan arwah Kak Lah. Dua org kakak yg sentiasa dlm ingatan kami di mana jua kami berada. Waktu sedih dan gembira kami mereka sentiasa diingati.

Semalam time join program iium berselawat hampir empat jam, dpt rasakan kehadiran mereka sekali. Ha waktu tu mmg rindu jadi sangat membuak buak lah kan. nak je menangis semalam tp tahan sikit dok buat cool je. Hehe yelah kamera banyak dok snap2. Tp rasanya semalam sedih jugak masa berselawat ramai2 ingat kat Nabi Muhammad saw. Hebatnya peribadi Rasulullah saw. Subhanallah!

Dear late sisters;
Kami sangat merindui kalian. Kami harap kalian sentiasa dalam keadaan baik2. In shaa Allah bertemu nanti kita di syurgaNya. Semoga kalian sentiasa dirahmatiNya.
K sedih sangat2! We love you sisters <3



Sunday, October 14, 2012

MATI ITU PASTI.


“Kematian tidak mengenal usia.” Muda remaja mana pun kita, jika Allah menginginkan kita kembali kepadaNya pada saat itu, maka kembalilah kita. Jika tua mana pun kita, jika belum masanya, maka belumlah. So, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kematian tidak pernah mengenal usia.

Hal ini sedikit sebanyak mengajar aku bahawa hidup ini hanya pinjaman dari Allah. Kita sebagai hambaNya pasti jua kembali kepadaNya apabila tiba waktunya. Hanya cepat atau lambat sahaja.

Ketika entry ini dicoret, aku banyak termenung sebelumnya. Kenapa? Kerana aku seperti baru bangun dari mimpi yang panjang. Aku seakan lupa bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Ya, tidak salah untuk aku berseronok dan gembira menghayati hidup sebelum maut datang menjemput aku. Tapi aku harus ingat bahawa dalam sibuk berseronok, aku harus sentiasa mengingati mati. 
Kerana MATI itu PASTI.

# Lagilah sebak hati aku ketika ini kerana lagu-lagu OPICK ‘bermain’ di windows media player. Seakan kena dan memahami mood aku ketika ini. Seakan semakin memberi aku peringatan tentang mati.Terasa rindu dengan ayah, ma dan keluarga saat ini. Begitu juga dengan kawan-kawan. Aku sedar aku banyak berdosa. Aku bukanlah anak, kakak, adik, kawan yang baik, tapi sentiasa cuba untuk jadi yang terbaik buat mereka. InsyaAllah.

Ya Allah, panjangkanlah usia kedua ibu bapaku. Sihatkanlah tubuh badan mereka. Murahkanlah rezeki mereka. Ampunkanlah dosa-dosa mereka. Berkatilah setiap apa yang mereka lakukan. Permudahkanlah hidup mereka.

DenganMu aku hidup
DenganMu aku mati
Hanyalah padaMu
hanyalah untukMu
Hidupkan dijalani

PadaMu ku berserah
PadaMu ku berpasrah
Hanyalah padaMu
Hanyalah untukMu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah Yang Maha Mendengar
Engkau Allah Yang Maha Penyayang
Engkau Yang Mengampuni
Engkau Yang Memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-denganmu-aku-hidup-opick.html#ixzz29Fze7ya3



Andai aku pergi dulu, sedekahkanlah doa dan kalimah suci Allah kepada aku.
Maafkanlah kesilapan, kesalahan, kekhilafan, dosa-dosa aku kepadamu wahai manusia sekalian.
Jangan tangisi jika aku tiada lagi.
Nanti kita pasti bertemu kembali. Dimana? Di syurga. InsyaAllah J
MATI ITU PASTI.

With love,
miss.kieymah.husin.
14 Okt 2012.