“Saya ikhlas nak jadikan awak isteri saya Ainul,” tutur Zariel ikhlas sambil menunduk kepala tidak berani memandang Ainul yang telah berjaya mencuit hati lelakinya.
Ainul kelihatan terkejut dan tiba-tiba sebak tapi ditahan agar tidak disedari Zariel. Sejak ditinggalkan Kamal tanpa berita pada hari pertunangan mereka, Ainul sukar untuk mempercayai lelaki dalam kehidupannya lagi. Kehadiran Zariel Farhan, jejaka Kuala Lumpur membuka lembaran baru dalam hidupnya. Tambahan pula lelaki tersebut disenangi kedua ibu bapa Ainul.
Walaupun Ainul Syamila merupakan calon isteri pilihan mamanya, Zariel akur bahawa Ainul sememangnya seorang gadis yang sangat bersopan santun dan menghormati orang tua. Mungkin disebabkan sikap itulah yang membuatkan mamanya beria untuk menjadikan Ainul menantunya. Tambahan pula ibu Ainul merupakan kenalan mama ketika di sekolah menengah dulu.
“ Ye saya yakin awak ikhlas untuk jadikan saya isteri awak Encik Zariel,”ucap Ainul penuh yakin.
Zariel kelihatan lega dan sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepada bakal isterinya sebelum berlalu pergi.
“Termenung jauh anak mama nie. Teringat kat gadis Kedah ke”? tegur Datin Safiya kepada Zariel sambil tersenyum.
“Ishh mama nie. Mana ada Ril teringat kat Ainul. Ril tengah fikirkan pasal projek baru kat syarikat tu ha”, nafi Zariel kepada mamanya. Padahal dalam hati mengutuk diri sendiri kerana menampakkan dirinya rindu kepada gadis Kedah yang tidak banyak bercakap dengannya tetapi ramah dan mesra dengan mamanya. Terdetik rasa cemburu di dalam hati. Tersenyum Zariel tiba-tiba.
“Yeke anak mama nie? Dah tu kenapa senyum sorang-sorang nie?” tanya Datin Safiya sambil menanti jawapan daripada anak tunggal kesayangannya bersama Datuk Arshad seperti kanak-kanak yang menantikan gula-gula.
“Mama…”ujar Zariel perlahan.
Datin Safiya terus memandang ke arah Zariel sambil menganguk sedikit.
“Mama yakin ke dengan keputusan mama nak satukan Ril dengan Ainul?”tanya Zariel inginkan kepastian walaupun sangat yakin mamanya akan berkata ya.
“Hah? Kenapa Ril tanya mama macam tu?” ujar Datin Safiya sedikit terkejut dengan soalan anaknya.
“Ril cuma nak kepastian je”.
“Ril. Ril satu-satunya anak mama dan papa. Tak kan lah mama tak nak anak mama bahagia kan. Mama yakin Ainul boleh bahagiakan Ril jauh lebih baik dari Alisa. Lagipun Ainul tu mama dah anggap macam anak mama sendiri sayang,”ujar mama penuh keyakinan.
Keyakinan mamanya menambahkan riang di hati Zariel. Zariel berharap Ainul akan menerima dirinya seadanya seperti dia menerima diri gadis itu seadanya.
Pejam celik pejam celik, tinggal dua hari sahaja lagi untuk Ainul bergelar tunangan orang. Zariel pula sibuk benar di pejabat sehingga bagaikan lupa dengan majlis pertunangannya tidak lama lagi. Biasalah segala urusan pertunangan di pihak lelaki diuruskan oleh mamanya. Itulah untungnya menjadi lelaki. Tidak perlu terlalu risau dengan segala persiapan. Alhamdulillah segala persiapan telah berjaya diselesaikan. Hanya menunggu tanggal 1 Oktober untuk menyatukan si teruna, Zariel Farhan dan si cantik manis, Ainul Syamila sebagai tunangan.
Dua bulan kemudian….
Kring! Kring! Kring!
Mata kubuka dengan perlahan-lahan. Bunyi deringan yang berterusan sedikit menggangu tidurku yang lena. Siapa agaknya yang menelefon pagi-pagi buta ni? Soalku dalam hati sambil mata sempat mengerling jam di dinding. Ya Allah ! Sudah pukul 8.30 pagi rupanya. Setelah solat Subuh tadi, Ainul menyambung tidurnya gara-gara penat mengemas rumah sewa yang baru didiaminya.
Telefon bimbit jenama Nokia pemberian abah kepadaku berbunyi lagi. Kali ini lebih bingit seakan meminta dan memaksa aku untuk menjawab dengan segera.
Dengan malas aku menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa gerangan yang menelefon.
“Hello! Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” ujar pemanggil tersebut.
Aku cuba berlagak tenang dan menarik nafas dalam-dalam ketika ini. Gelisahnya hati untuk bersuara. Seakan ada sesuatu yang melekat di kerongkong.
“Ainul, awak dah siap ke belum? Kejap lagi saya datang jemput awak okay,”beritahu Zariel kepada aku lalu mengejutkan aku ke alam realiti setelah menerjah awan seketika.
Aduh, macam mana aku boleh terlupa yang aku dah ade kat KL nie? Tetapi bukan salah aku. Penat sangat sampai aku boleh terlupa yang aku sampai semalam.
Kehadiran Ainul di Kuala Lumpur adalah untuk bekerja di syarikat papa Zariel, Datuk Arshad yang sememangnya terkenal sebagai ahli korporat tersohor di Malaysia.
“Ainul? Are you still there?” tegas sedikit pertanyaan Zariel kali ini. Mungkin geram dengan sikap berdiam diri Ainul.
“Yes I’m still here Encik Zariel. Encik boleh datang jemput saya dalam 15 minit lagi. Saya belum siap lagi. Maaf,” tergagap-gagap aku menuturkan bicara.
“Emm… Ainul. Tak payahlah awak nak berencik-encik dengan saya. Panggil saya Ril je. Tak pun Paan. Seganlah saya bila tunang sendiri panggil macam tu,” tegas sekali lagi bunyi kenyataan yang dilontarkan Zariel.
“Baiklah! Dalam 15 minit saya sampai kat depan rumah sewa awak tu ye. Assalamualaikum,” tanpa menunggu jawapan dari aku Zariel terlebih dahulu senyap di talian. Dia telah memutuskan talian. Mungkin memberi aku masa untuk bersiap sebelum dia sampai nanti.
Gementar. Itulah satu-satunya perkataan yang tepat unruk menggambarkan keadaanku ketika ini. Mungkin ini disebabkan kali pertama akan ada hanya aku dan si dia dalam sebuah scene. Sebelum-sebelum ini mana pernah kami keluar bersama. Pasti ada yang menemani.
“Relaks Ainul relaks,”interaksi Ainul dengan diri sendiri.
Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta Honda Civic hitam kepunyaan Zariel. “Memang sesuai dengan dirinya sebagai arkitek muda,”ujar Ainul dalam hati.
“Hai, maaf lambat sikit. Biasalah jalan sesak sikit pagi-pagi nie. Jom,” ujar Zariel sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Ainul membalas senyum Zariel tanpa membalas kata-kata lelaki itu.
Aku terus membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam kereta tanpa sempat Zariel membukakan pintu kereta. Segan rasanya kalau dilayan persis puteri raja. Dah lah dia susah-susah ambil aku untuk ke tempat kerja sehinggakan memohon cuti sehari. Segan sekali.
“ Kita pergi breakfast dulu ye. Papa pesan kat saya tadi yang awak akan masuk kerja pukul 10.30 pagi. So kita ada around one hour untuk pergi mana-mana dulu. Sampai awal pun bukan awak boleh buat apa kan,” ujar Zariel tenang.
Ini menambahkan debar di hati Ainul. Bukan dia tidak biasa berhadapan dengan mana-mana lelaki. Tetapi dengan Zariel, dia seakan akan hilang punca. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Kaca mata hitam jenama Gucci yang tersangkut pada poket baju kemeja birunya dicapai dan kemudian dikenakan pada wajah kacaknya. Ainul merenung dengan ekor matanya. Bergaya. Itu satu perkataan tepat untuk menyatakan tentang diri Zariel Farhan.
Oleh kerana keadaan yang agak senyap antara mereka, Zariel dengan pantas menekat punat radio untuk menaikkan volume. Ketika itu lagu Buat Aku Tersenyum nyanyian Sheila On 7 berkumandang. Aku melayan perasan sendirian. Kedengaran Zariel menyanyi perlahan mengikut rentak lagu itu. Lagu kegemaran dia mungkin.
“Awak…” perlahan Zariel bersuara.
“ Ye…” sepatah aku membalas tanpa menoleh lelaki di sebelah aku.
“ Nama penuh awak ape eh?” tanya Zariel selamba.
Padahal bukan soalan itu pun yang hendak ditanya. Bukan dia tidak tahu nama bakal isterinya itu. Mama acap kali menyebut nama penuh Ainul ketika berbual dengannya. Suka benar mama dengan nama bakal menantunya ini.
“Emm.. nama penuh saya Nur Ainul Syamila bt Syaari,” jawab aku segera seakan menjawab soalan pihak polis yang tengah menyiasat.
“Oh, nice name….awak dah tahu kan nama penuh bakal suami awak nie?”sengaja ditekankan sedikit perkataan bakal suami oleh Zariel.
“ Eh mestilah dah. Tak kan saya tak ambil tahu kot. Nanti nama anak-anak kita berbinkan awak jugak,” tutur aku tanpa sedar.
“Alamak ! Ape yang aku merepek nie. Adoiii ! mesti dia ketawakan aku nanti,”fikir Ainul sejenak.
“Hahahahhaa!” meletus ketawa Zariel. Dia berasa lucu dengan jawapan Ainul walaupun dia sangat gembira dengan jawapan yang tidak disangka itu. Ini menunjukkan Ainul bukan terpaksa memilih dirinya. Tetapi wanita itu ikhlas.
“Kelakarlah awak nie. Saya ingatkan awak tak pandai buat lawak. Tapi thanks tau. Dari jawapan awak tu saya yakin awak memang tercipta untuk saya. Don’t ask me why tapi hati saya memang yakin,” hujah dia penuh semangat.
Ainul tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Ini menambahkan seri di wajahnya. Walaupun hanya mengenakan mekap yang simple, itu sudah cukup menyerlahkan kejelitaannya.
Setengah jam meredah perjalanan, mereka tiba di sebuah kedai makan yang kelihatannya ramai pengunjung berbilang bangsa. Pasti kedai tersebut menyajikan pelbagai makanan Malaysia. Terus berkeroncong perut Ainul minta diisi. Iyalah, sejak semalam dia tidak menjamah apa-apa melainkan hanya minum sedikit Milo.
“Kat sini memang selalu ramai orang. Makanan kat sini best-best tau. Nak- nak kalau nasi dagang. Dengar kata chefnya orang Terengganu,” beritahu Zariel kepada aku seakan tahu apa yang bermain di minda aku ketika ini.
“Oh ! Patutlah ramai orang,”balas aku kepada Zariel.
Tanpa membuang masa, mereka masuk ke dalam kedai makan tersebut dan Zariel memilih tempat yang agak jauh dari hiruk-pikuk manusia. Mungkin memikirkan keadaan aku yang tidak selesa dengan keadaan bising tersebut. Tahu-tahu sahaja bakal suamiku ini. Aku tersengih seperti kerang busuk.
“Awak nak makan apa?”tanya Zariel sambil membelek menu yang dihantar seorang pelayan comel. Anak tauke kedai ini mungkin.
“Tadi awak cakap nasi dagang bestkan, so saya nak try lah. Lagipun dah lama saya tak makan. Maklumlah dah lama tak melancong ke Terengganu. Hehe.”
Zariel tersenyum. “Minum?”tanya dia sekali lagi.
“Sirap bandung,”kata aku.
Zariel menyatakan apa yang ingin dipesan kepada pelayan tadi. Kelihatan pelayan itu mencatat di sebuah buku kecil sambil tersenyum. Malu barangkali. Zariel juga memesan nasi dagang untuk dirinya. Aku meneka bahawa dia memang selalu makan nasi dagang di sini. Biasalah,katanya sedap kan.
Tidak banyak yang dibualkan ketika masing-masing menjamu selera. Menikmati dengan penuh perasaan. Tapi, sesekali masing-masing sempat tersenyum apabila mata bertentang mata.
Setelah selesai makan, Zariel ke kaunter dan membuat bayaran. Selepas itu, aku dan dia terus menuju ke parking untuk segera pergi ke syarikat yang akan aku bekerja secara rasminya mulai esok. Syarikat bakal bapa mertuaku. Sebelum keluar dari kedai itu, adik yang merangkap pelayan tadi sempat meghadiahkan senyuman dan melambai ke arah kami. Aku membalas lambaian itu sambil tersenyum. Kelihatan Zariel juga tersenyum.
“Okay, kita dah sampai. Nie lah syarikat papa tu,”ujar Zariel.
Tanpa membalas kata-kata dia, aku terus keluar dari perut kereta. Tersergam mewah bangunan yang dinyatakan Zariel sebagai syarikat papanya. Ini bermakna, di sinilah akan aku memulakan langkah pekerjaan setelah hampir tiga bulan menamatkan pengajian business di overseas.
Zariel terus berjalan meninggalkan aku sedikit. Aku terus membuntuti langkahnya ke dalam syarikat itu. Beberapa pekerja memberi salam dan ada yang melemparkan senyum kepada Zariel. Zariel terus ke kaunter pertanyaan. Bertanyakan tentang papanya mungkin. Aku hanya terdiam kaku sambil mata merayap melihat sekitar bangunan itu. Cantik dekorasinya. Amat bersesuaian dengan taraf syarikat itu yang sememangnya terkenal di Malaysia.
Zariel pergi ke arah aku. Aku berlagak selamba. Salah satu cara untuk menghilangkan gementar.
“Papa dah ade kat atas. Mari saya bawakkan awak pergi atas. Nanti kan awak tak tau pulak nak pergi bahagian mane. Nanti tak pasal-pasal sesat,”seloroh Zariel.
Faham benar dengan sikap Zariel yang suka berseloroh. Terus aku tersenyum jujur.
Bersambung…………….

No comments:
Post a Comment