Saturday, April 2, 2011

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

 Anda sedang asyik berbalas2 SMS dengan seseorang yang bukan mahram?Anda sedang ternanti2 panggilan daripada si dia?Anda sedang menunggu saat2 dapat bertembung dngnnya?Anda sedang memilih minyak wangi harum untuk pergi berDATING??????errrrrrr...jika jawapannya YA,anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.
   
      Berkata ibnu Qyyim al-Jawziyyah:"Allah s.w.t cemburu terhadap hati hambaNya yg mengabaikn cinta,harap n takut pdNya,dan ad sesuatu yg lain dalam hatinya selain Dia."Kata2 ulama' muktabar ini ad asasnya drpd sabda Rasulullah s.a.w.Drpdd Mughirah r.a. katanya,Saad bin Ubai dah mengatakan:"sekirnya aku melihat lelaki berkelakuan serong dengan isteriku nescaya lelaki itu akan ku tetak dengan mata pedang yg tajam,bukan dengan sisi pedang!"
   
       Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w.lalu baginda berkata:"Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad?"Demi Allah ak lebih cemburu drpdnya(terhadap perkara yg diambil endah dan benci demi agama).Dan Allah lebih cemburu drpdku.Kerana itu dilarangNya membuat perkara keji,baik yang terang atau trsmbunyi.Dan tiada seorang pun yg suka memberi maaf lebih drpd Allah,dan kerana itu diutusNya org yg akan memberikan berita gembira dan org yg memberi peringatan.Tiada seorang pun yg suka menerima pujian lebih drpd Allah,dan kerana itu(untuk org yg memuji Nya)dijanjikan syurga."(riwayat al-Bukhari dan muslim).
CEmburu Allah Tanda Besarnya Cinta
  
        Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan.Cemburu Allah ialah besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.Dia tidak memerlukan kita.Dia tidak luak dengan kelalaian kita.
     
        Tapi kita???Keperluan kita kepada cinta Nya lebih penting drpd kita memerlukan makanan minuman atau oksigen.Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.Dia mencemburukan kita yang yang meletakkan cinta lain lebih agung drpd Nya kerana Dia sayang kan kita.Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara.Dia menawarkan cinta yg tidak pernah mengenal kecewa.Inilah hakiakat cinta teragung.
      
         Firman Allah s.w.t yg bermaksd:"Dan antara manusi ada yang menyembah tandingan2 selain Allah.Adapun org yg beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah."(surah al-Baqarah 2:165)
      
         Cinta-Nya cinta utama.Cinta-Nya membuatakan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ad Allah yg Maha Besar untuk menyelesaikannya.Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yg mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.Cinta Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba Allah,tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.


Bila Kita Tidak Kisah
  
          Apabila kita tidak ambil kisah tentang kecemburuan Allah s.w.t,terus mengagungkan makhluk daripadaNya,bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita.Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita drpd jalan2 menuju hidayah,menuju ke syurga.Apabila Allah memisahkan kita drpd kebaikn2,maka apakah erti hidup kita ni?????
        
           Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan "rasa" yang boleh menyelamatkan hidup kita.Ketika itu,kita biasanya hilang pertimbangan yg wajar dalam sesuatu keputusan bijak.
        
           Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa.gadis itu menunggu abgnya di perhentian bas.tiba2 sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar drpd tempat duduk belakang,Dia meluru ke arah gadis tersebut dan mencaci maki dirinya.
"Memang sah kau lah yg mencuri handset saya!!"tuduhnya.
"Hey!Saya tak tahu apa2....."Gadis itu membela diri sambil menahan malu terhadap org sekeliling ketika itu.
"Kalau kamu rasa kamu betul,mari kita selesaikan di balai polis."
Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi.Teksi membawanya ke sebuah hotel.Akhirnya dia dirogol di situ.Astaghfirullah........

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta.
  
            Ya,ketertarikanmu kepada si dia itu lumrah.Fitrah yg Allah hadirkan.Setiap fitrah ad peraturannya.Fitrah makan pun ad lumrahnya inikan lagi FITRAH CINTA.oleh itu,sanggupkah diri anda mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan?penuh maksiat hati.Menjalar pula pd maksiat perbuatan.

Kisah Saidatina al-Zahra pd malam pertamanya.
  
            Fatimah,puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya,Saidina Ali."Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sekali nk jadi isteri seseorang.Dinda amat mengaguminya."Dengan penuh cemburu,Sayidina Ali berkata:"Habis tu,adinda menyesalkah bernikah dengan kanda?"
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghiasi bibir:"Tak kandaku sayang,kerana org tu ialah kanda."
Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah menyimpan perasaan cinta pada Sayidina Ali,mengaguminya,merindui dan memasang impian untuk hidup bersamanya.
          
            Namun adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali,berhubung melalui burung merpati,mengatur dating d belakang pohon kurma?
          
            Begitu juga Sayidina Ali.adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong sebelum menikah?adakah dia terus mengurat gadis idamannya itu????Adakah dia terburu2 merebut cinta Fatimah yg turut diimpikan oleh Syidina Abu Bakar,n Sayidina Umar dengan membawanya lari????????
         
            Jadi kita pula,bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia????renung2 kanlah wahai sahabat..ini peringatan buat saya dan rakan2 agar kita tidaklah trburu2 mengejar cinta yg belum pasti.tapi yg paling penting,kejarlah cinta yg HAKIKI iaitu cinta ILAHI.............:) :) :)

          
       

No comments:

Post a Comment